Home Semasa Tiada bom di stesen minyak – Polis

Tiada bom di stesen minyak – Polis

by Air Times News Network

PASIR MAS, 3 Jan – Polis mengesahkan tiada bom ditemui dalam kereta Perodua Axia seperti didakwa pemilik kenderaan itu, di sebuah stesen minyak, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata hasil pemeriksaan teliti selama tiga jam oleh   Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, mendapati kenderaan tersebut bebas daripada bahan letupan itu.

“Sekitar pukul 8.30 malan tadi, kita telah menerima panggilan daripada petugas stesen minyak berkenaan mengatakan ada ada bom di sini.

“Menurut petugas stesen minyak, seorang pelanggan lelaki yang merupakan pemilik kepada kereta tersebut datang memberitahu dia tergendar bunyi detikan seakan-akan bom jangka,” katanya ketika ditemui di sini awal pagi ini.

“Kita menjalankan pemeriksaan sehingga jam 1 pagi namun tidak menemui sebarang alat mencurigakan yang dikaitkan dengan bom atau bahan letupan.

“Polis juga akan mengambil keterangan pemandu kereta Perodua Axia untuk siasatan lanjut dan setakat ini kita tidak boleh memaklumkan seksyen siasatan kerana rakaman percakapan belum dibuat,” katanya kepada pemberita di sini, awal pagi ini.

Sehubungan itu katanya, stesen minyak berkenaan dibuka semula dan disahkan selamat.

 

Related Articles

Leave a Reply