1.5K
BRASILIA, 3 Jan 19 : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dalam kenyataannya semalam memaklumkan AS menuntut penghantaran pulang segera Paul Whelan jika terbukti penahanannya adalah tidak sah.
Memetik laporan berita Reuters,Amerika Syarikat (AS) menuntut penjelasan Russia berikutan penahanan bekas anggota Marin AS, Paul Whelan yang ditahan oleh pihak Rusia atas tuduhan mengintip di Moscow.
Duta AS ke Russia, Jon Huntsman sempat melawat Paul Whelan, di sebuah pusat tahanan di Moscow selepas di tahan Jumaat lalu dan menghubungi keluarganya, kata Jabatan Kerajaan.
Perkhidmatan keselamatan Russia, FSB, membuka kes jenayah terhadapnya tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai bentuk dakwaan aktiviti pengintipan itu yang boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 20 tahun, menurut undang-undang Russia.