Home SemasaGlobal Washington laksana sekatan ke atas Russia

Washington laksana sekatan ke atas Russia

by Air Times News Network

WASHINGTON, 7 Okt – Amerika Syarikat berkata, bahawa mereka bersedia untuk melaksanakan sekatan baru ke atas Moscow, susulan cubaan membunuh bekas perisik di Britain pada Mac lalu.

Pengumuman itu dibuat kira-kira tiga bulan selepas Washington mengumumkan bahawa Russia melanggar undang-undang Amerika Syarikat mengenai penghapusan senjata kimia dan biologi.

Dalam laporan kepada Kongres, Jabatan Negara berkata, hasil siasatan mendapati Russia tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kami berhasrat untuk terus mengambil tindakan mengikut syarat yang ditetapkan oleh akta (Senjata Biologi dan Kimia), yang mengkehendaki pelaksanaan sekatan tambahan,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jabatan itu sedang berbincang dengan Kongres, bagi mengenal pasti langkah sesuai untuk melaksanakan sekatan berkenaan.

Terdahulu, penyiasat Britain mendakwa Russia cuba membunuh Sergei Skripal yang juga bekas pegawai perisik dan ejen dua muka serta anak perempuannya, Yulia Skripal dalam insiden 4 Mac lalu, di Salisbury.

Serangan itu membabitkan ejen saraf, Novichok yang sering digunakan pihak tentera dan ia dipercayai dicipta oleh Kesatuan Soviet pada Perang Dingin.

Mengikut undang-undang Amerika Syarikat, Jabatan Negara perlu menguatkuasakan sekatan tambahan dalam tempoh tiga tahun selepas laporan awal diterima.

Namun, sekatan itu tidak akan dilaksanakan sekiranya negara terbabit dapat membuktikan bahawa mereka sudah menarik balik penggunaan senjata biologi dan kimia, antaranya dengan membenarkan kehadiran pemeriksa antarabangsa. – AFP

Related Articles

Leave a Reply