Home SemasaGlobal Taufan Trami badai Jepun, dua maut

Taufan Trami badai Jepun, dua maut

by Noor Sheila Amin

TOKYO, 1 Okt – Taufan Trami yang menyerang Tokyo minggu lalu menyebabkan dua maut dan puluhan lagi cedera dan sekaligus menjejaskan sistem pengangkutan awam negara itu.

Taufan berkenaan telah meninggalkan Jepun namun angin kencang dan hujan lebat turut menyebabkan kerosakan pada jalan – jalan utama dan laluan kereta api laju dan kereta api malam dihentikan sementara serta lebih 1,000 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Pegawai tempatan dan polis berkata, dua disahkan maut akibat taufan, akibat tanah runtuh di barat Tottori dan lemas di Yamanashi, barat Tokyo.

Kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia semalam, apabila Trami melanda barat Jepun.

Huru hara itu berlanjutan pagi ini berikutan bekalan elektrik masih terputus manakala landasan kereta api terhalang oleh pokok yang tumbang dan kira-kira 200 penerbangan kekal dibatalkan.

Lebih 400,000 rumah, kebanyakannya di timur Jepun turut dilaporkan bergelap kerana bekalan elektrik masih terputus.

Related Articles

Leave a Reply