Home SemasaGlobal Helikopter dinaiki Farooq Haider Khan ditembak

Helikopter dinaiki Farooq Haider Khan ditembak

by Noor Sheila Amin

ISLAMABAD, 1 Okt – Helikopter yang dinaiki perdana menteri Kashmir, Farooq Haider Khan ditembak  tentera India semalam daripada sempadan, memburukkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Tentera India menembak untuk menunjukkan Pakistan menceroboh ruang udara mereka, namun ketika tembakan, kami berada dalam ruang udara sendiri,” menurut kenyataan pejabat Khan.

Jurucakap tentera India, Leftenan Kolonel Devender Anand berkata, sebuah helikopter Pakistan menceroboh ruang udara India di sepanjang sempadan di dearah Poonch, Kashmir tengah hari semalam.

“Kemungkinan ia adalah helikopter awam dan terbang amat tinggi. Pengawal udara di barisan hadapan menembaknya dengan senjata ringan,” kata Anand.

Wilayah majoriti Muslim, Kashmir terbahagi di antara kedua-dua negara berjiran kuasa nuklear, masing-masing mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap seluruh wilayah itu dan sudah berperang dua kali, sejak pemisahan pada 1947.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply