Home SemasaGlobal Jokowi mohon agensi bantuan antarabangsa dan NGO

Jokowi mohon agensi bantuan antarabangsa dan NGO

by Noor Sheila Amin

PALU (INDONESIA), 1 Okt – Lebih 1,000 mayat korban gempa bumi di Sulawesi akan di kebumikan oleh pasukan sukarelawan dan pada masa yang sama, kerajaan Indonesia merayu bantuan antarabangsa serta agensi bukan kerajaan.

Presidenya, Joko Widodo menyeru agensi bantuan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu kerja-kerja menyelamat mangsa gempa itu.

‘Malam tadi Presiden Jokowi memberi kebenaran kepada kami untuk menerima bantuan antarabangsa bagi kerja-kerja menyelamat pada kadar segera,” kata pegawai kanan kerajaan, Tom Lembong di Twitter sambil meminta pihak berkenaan menghubungi beliau secara langsung di media sosial itu atau menerusi email.

Sementara itu di Poboya, sebuah kawasan berbukit berhampiran Palu, pasukan sukarelawan menggali kubur sepanjang 100 meter untuk mengebumikan semua mayat dan diarahkan supaya bersiap sedia menyemadikan 1,300 mangsa yang maut.

“Pihak berkuasa kini dalam keadaan sangat terdesak untuk mengawal jangkitan penyakit akibat keadaan mayat yang semakin mereput dan mengisytiharkan tempoh darurat selama 14 hari.

Bencana alam bukan perkara asing di Indonesia dan negara itu mahu membuktikan bahawa mereka mampu menangani malapetaka berkenaan yang meragut 832 nyawa setakat ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply