Home SemasaGlobal Pencalonan hakim Mahkamah Agung AS ditangguh

Pencalonan hakim Mahkamah Agung AS ditangguh

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 17 Sep – Seorang profesor kolej menuduh calon pilihan Presiden Donald Trump sebagai Hakim Mahkamah Agung menyerang beliau secara seksual pada 1980-an, memaksa Democrat menggesa undian pencalonan ditangguhkan.

Christine Blasey Ford, profesor di Universiti Palo Alto, pada awalnya memberi butiran terperinci mengenai Brett Kavanaugh dalam surat sulit kepada ahli kongres wanita dan kemudian kepada Senator California, Diane Feinstein, tokoh kanan Democrat dalam Jawatankuasa Perundangan.

Kini, Ford memberitahu akhbar Washington Post beliau memutuskan untuk bercakap secara terbuka buat pertama kali kerana berasa ‘tanggungjawab siviknya’ mengatasi penderitaan dan ketakutan mengenai pembalasan dendam’ selepas garis asas kisah itu disiarkan media minggu lalu.

Kavanaugh, sebelum ini mengeluarkan menafikan kejadian itu, berkata: “Saya menyangkal keras dakwaan itu.

“Saya tidak melakukannya ketika di sekolah tinggi atau pada bila-bila masa.”

Ford, yang juga anggota Democrat, memberitahu akhbar berkenaan dalam temubual bahawa pada musim panas awal 1980-an, Kavanaugh dan seorang rakannya, kedua-duanya mabuk, mengepungnya di penjuru bilik di parti remaja di sebuah rumah di Montgomery, pinggir Washington.

Kavanaugh menolak beliau ke atas katil manakala rakannya melihat, kemudian meraba Ford sambil cuba menanggalkan baju mandi yang dipakai.

Apabila Ford, kini berusia 51 tahun, cuba menjerit, Kavanaugh menutup mulutnya.

Ford menambah, dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu sehingga 2012 apabila menimbulkannya dalam sesi terapi kaunseling bersama-sama suaminya.

Memberi reaksi kepada berita itu semalam, Senator Feinstein, berkata: “Saya percaya dakwaan itu amat seirus dan memberi beban kepada karektor Hakim Kavanaugh.

“Saya menyokong keputusan Ford berkongsi ceritanya dan kini terpulang kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk mengadakan siasatan.”

Related Articles

Leave a Reply