Home SemasaGlobal China sertai latihan maritim terbesar Australia

China sertai latihan maritim terbesar Australia

by Air Times News Network

SYDNEY, 10 Sept – China mengambil bahagian buat kali pertama dalam latihan maritim terbesar Australia di mana lebih 3,000 anggota dari 27 negara terbabit menyertai latihan di luar pelabuhan strategik utara di Darwin.

Exercise Kakadu disertai 23 kapal dan kapal selam dari seluruh rantau Indo-Pasifik, membolehkan mereka menyesuaikan diri bagi membantu menghalang konflik di laut lepas serta menyelaras usaha bantuan ketika bencana.

Komander Anita Sellick daripada frigat Australia, HMAS Newcastle berkata, dua kelasi Tentera Laut Diraja Australia diterima ke dalam frigat China, Huangshan ketika latihan.

“Dua kelasi tentera laut Australia kini berada dalam kapal China. Justeru mereka berupaya berintegrasi antara satu sama lain dan mempelajari sedikit bagaimana rasanya menyertai Exercise Kakadu,” kata Sellick kepada Reuters kelmarin.

Komander Armada Australia, Laksamana Muda Jonathan Mead, memberitahu media di Darwin dalam satu wawancara disiarkan televisyen Jumaat lalu, wujud manfaat bersama dalam membangunkan kesefahaman dan kepercayaan ketika latihan.

Latihan ketenteraan bersama itu, yang akan diteruskan sehingga 15 September ini, disokong Tentera Udara Diraja Australia dan membabitkan 21 pesawat. – REUTERS

Related Articles

Leave a Reply