Home Semasa Anggota Tentera Darat bakal meriahkan Larian Malaysia Baharu 2018

Anggota Tentera Darat bakal meriahkan Larian Malaysia Baharu 2018

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 sept – Dijangka kira-kira 10,000 peserta dari seluruh negara dan ribuan anggota Tentera Darat dijangka  menyertai Larian Malaysia Baharu (LMB) 2018 yang akan berlangsung di Port Dickson, 7 Oktober depan.

Larian sejauh 14 kilometer (KM) anjuran Pejabat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) itu akan bermula di hadapan Tasik Villa International Resort dan berakhir di lokasi sama.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, tujuan utama larian itu dianjurkan bagi membangunkan industri pelancongan di Port Dickson menerusi kehadiran peserta dari dalam mahupun luar negeri.

“Program ini adalah sejajar dengan visi ahli Parlimen, Datuk Danyal Balagopal untuk menjadikan Port Dickson sebagai pusat kecemerlangan untuk pelancongan.

“Kita juga percaya menerusi penganjuran ini akan memberi peluang kepada penduduk tempatan yang berminat dengan aktiviti riadah berbentuk larian untuk menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan Port Dickson,” katanya.

Malah, kehangatan LMB 2018 makin dirasai apabila ‘Hari Kebersihan Port Dickson’ turut diadakan kelmarin yang bertujuan bagi membersihkan kawasan pantai yang menjadi tarikan utama untuk pelancong ke Port Dickson.

Menariknya, anggota tentera yang menyertai larian tersebut akan memakai pakaian seragam mereka sesuai dengan status bandar itu yang digelar sebagai Bandaraya Tentera Darat.

Related Articles

Leave a Reply