Home Semasa Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM – Sivarasa

Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM – Sivarasa

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 6 Sept – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.

Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, di sini malam tadi.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.

Related Articles

Leave a Reply