“Insya Allah, saya membawakan isu ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan dalam pertemuan saya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ini bukan satu janji, tetapi saya akan berusaha untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya. Kerajaan Pakatan Harapan merupakan satu kerajaan realistik dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Persatuan Pengusaha Kem Khidmat Negara (PPKN) Malaysia, di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Redzuan menambah, beliau juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Belia dan Sukan mengenai langkah penstrukturan semula PLKN dan Biro Tata Negara (BTN).

Katanya, beliau pernah menyarankan agar kedua-dua program disatukan dalam satu bentuk program pembangunan modal insan yang baharu.

Terdahulu, Presiden PPKN, Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya menerima surat penamatan kontrak pengurusan kem PLKN daripada Kementerian Pertahanan pada hari ini.