Home Semasa Hishammuddin beri keterangan 3 jam kepada SPRM

Hishammuddin beri keterangan 3 jam kepada SPRM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Beliau berbuat demikian secara sukarela semalam selepas namanya dibangkitkan peguam Hasanah di Mahkamah Majistret Putrajaya, Sabtu lalu.

Menurut laporan sebuah portal berita, Hishammuddin bertemu dengan SPRM secara sukarela dan memberikan kerjasama penuh tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

“Saya jumpa SPRM dengan sukarela. Mereka amat profesional dan saya percaya mereka akan siasat perkara ini dengan adil dan telus.

“Saya juga akan menyemak dengan SPRM mengenai apa yang dikatakan peguam itu,” katanya yang dipetik daripada laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan sumber SPRM mengesahkan perkara berkenaan dan siasatan berjalan selama tiga jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Hasanah sebelum ini direman berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Related Articles

Leave a Reply