Home SemasaGlobal Erdogan beri amaran kerjasama Turki dan AS terancam

Erdogan beri amaran kerjasama Turki dan AS terancam

by Air Times News Network

ISTANBUL, 11 Ogos – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini berkata, kerjasama negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) mungkin terancam akibat hubungan tegang sambil memberi amaran bahawa Ankara mungkin akan mencari sekutu baharu.

Hubungan antara dua negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu kini pada tahap terendah sejak berdekad disebabkan beberapa isu termasuk penahanan paderi AS, Andrew Brunson atas beberapa tuduhan keganasan sehingga menurunkan nilai mata wang lira Turki ke paras terendah berbanding dolar.

Mata wang lira yang bermasalah, ketika ini susut 16 peratus berbanding dolar, semalam dengan Presiden AS, Donald Trump berkata, beliau menggandakan tarif keluli dan aluminium ke atas Turki.

Pengumuman itu memburukkan lagi kejatuhan mata wang terbabit

Dalam akhbar New York Times, Erdogan memberi amaran kepada Washington supaya tidak mempertaruhkan hubungan dengan Ankara atau Turki terpaksa mencari rakan dan sekutu baharu.

“AS perlu mula menghormati kedaulatan Turki dan membuktikan bahawa ia memahami ancaman bahaya terhadap negara kami, jika tidak usaha sama kita mungkin terancam.

“Washington perlu berhenti melaksanakan anggapan salah bahawa hubungan kita tidak sehaluan dan menerima hakikat bahawa Turki mempunyai alternatif.

“Kegagalan menghentikan amalan sebelah pihak dan kebiadapan ini memerlukan kami mencari rakan dan sekutu baharu,” katanya.

“Hubungan kami dengan Turki tidak begitu baik ketika ini!,” kata Trump menerusi muat naik di Twitter, ketika mengumumkan penggandaan tarif itu.

Rumah Putih berkata, beberapa sekatan baharu itu akan berkuatkuasa mulai 13 Ogos depan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply