Home PolitikPakatan Harapan Kerajaan HARAPAN kadang-kala cuai dan ‘celupar’ – Anwar Ibrahim

Kerajaan HARAPAN kadang-kala cuai dan ‘celupar’ – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 1 Ogos – Kerajaan diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan melelahkan rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, perubahan yang berlaku dan kuasa yang diperoleh adalah amanah yang perlu dipikul sebaiknya.

“Saya tidak menafikan ada kenyataan yang melelahkan, tidak menyenangkan, tapi tidak lari daripada landasan… Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak lari daripada landasan ini.

“Ini kita ingatkan (kerajaan) perubahan dan kuasa ini adalah amanah, keadaan silih berganti, saya bukan YB (Yang Berhormat), tiada jawatan apa pun dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Jalan Kebun di sini, malam ini.

Anwar berkata, ada pihak mendakwa PH terlalu bertolak ansur dan cuai dalam mentadbir kerajaan, namun dakwaan itu tidak benar.

“Saya mengakui PH adalah kerajaan baharu dan kadang-kadang ada kenyataan yang cuai dan celupar sehinggakan saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan (menteri),” katanya.

Beliau berkata, walau apa pun dakwaan yang dibuat, kerajaan tidak akan lari daripada prinsip mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita ada kuasa sekarang dan mesti tingkatkan lagi tahap kefahaman yang benar mengenai Islam, bahawa Islam itu benar, tidak melahirkan pemimpin yang rasuah dan melakukan kezaliman.

“PH akan martabatkan Islam sebagai agama Persekutuan, tiada tolak ansur, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita akan tunduk kepada kerangka Bahasa Kebangsaan.

“Kita mahu Bahasa Kebangsaan dikuasai dengan baik oleh semua orang. Kita akan martabatkan Bahasa Kebangsaan tetapi tidak halang peningkatan bahasa lain seperti Mandarin, Tamil dan lain-lain.

“Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera juga akan kita pertahankan tanpa mengabaikan kaum lain serta mempertahankan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau secara berseloroh memberi gambaran akan bertanding di kerusi Parlimen bagi membolehkannya kembali ke arena politik nasional.

“Ada kosong di Sungai Kandis, ada kosong di Balakong dan ada kosong di Parlimen, sebab saya nak bertanding,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!