Home SemasaGlobal AS, Rusia bekerjasama pastikan keselamatan Israel

AS, Rusia bekerjasama pastikan keselamatan Israel

by Noor Sheila Amin

HELSINKI, 17 Jul – Amerika Syarikat (AS) dan Russia akan bekerjasama memastikan keselamatan Israel, kata Presiden AS, Donald Trump, semalam selepas persidangan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Kami bercakap dengan Bibi (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu) dan mereka mahu melakukan sesuatu terhadap Syria yang mempunyai kaitan dengan keselamatan Israel. Russia dan AS akan bekerjasama dalam hal ini.

“Usaha memastikan keselamatan Israel amat dimahukan saya dan Putin,” kata Trump dalam sidang media bersama dengan Presiden Russia itu.

Putin berkata, Trump mengambil banyak masa berbincang mengenai Israel ketika pertemuan mereka. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply