Home SemasaGlobal Indonesia-Jepun tingkatkan kerjasama dalam keselamatan serantau

Indonesia-Jepun tingkatkan kerjasama dalam keselamatan serantau

by M.Daim

JAKARTA, 28 Jun – Indonesia dan Jepun telah mencapai kata sepakat dalam kerjasama untuk mempertingkatkan keselamatan serantau. Ini termasuklah dalam isu serantau, denuklearisasi Korea Utara dan keamanan di Palestin.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk merealisasikan wawasan keamanan di wilayah Indo-Pasifik.

Jepun ingin memperkenalkan hubungan rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika melalui polisi “Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka”. Indonesia pada masa yang sama mempunyai visi tersendiri sebagai tunjang utama maritim global melalui dasar ““Indonesia Menjadi Poros Maritim Dunia”. Visi ini menjadikan Indonesia sebagai tumpuan global terutamanya di rantau Indo-Pasifik dalam aktiviti maritim.

Pertemuan Menteri Luar dari kedua-dua negara turut menyentuh isu Laut China Selatan. Kedua-dua negara sebulat suara dalam isu tersebut terutamanya dalam memperkasakan undang-undang, hak kebebasan berlayar dan menjadikan zon tuntutan bertindih bebas dari sebarang aktiviti ketenteraan.

Indonesia baru-baru ini telah dilantik menjadi Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh 2019-2020 bertekad menggunakan peluang tersebut untuk memberikan sumbangan kepada keamanan Asia Pasifik.

Pada bulan Mei lalu, Presiden Indonesia, Jokowi dan Perdana Menteri India, Narendra Modi bersetuju untuk mewujudkan kerjasama maritim terutamanya dalam bidang keselamatan maritim serta mempertingkatkan hubungan dagangan, pelaburan serta pelancongan.

Kerjasama maritim ini akan dibincangkan dalam Sidang Asia Timur yang dijadualkan akan berlangsung di Singapura pada November ini.

Related Articles

Leave a Reply