Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Boeing dianugerahi kontrak perolehan Super Hornet untuk Kuwait. – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Boeing dianugerahi kontrak perolehan Super Hornet untuk Kuwait.

Boeing dianugerahi kontrak perolehan Super Hornet untuk Kuwait.

by M.Daim

Washington, 28 Jun – Syarikat Boeing telah dianugerahi kontrak bernilai USD$ 1.5 bilion bagi menghasilkan sejumlah pesawat pejuang F/A-18 Super Hornet untuk Kuwait. Dalam kontrak tersebut, Boeing akan menghasilkan 22 buah F/A-18E dan 6 buah F/A-18F untuk Kuwait.

Sebelum ini, Boeing turut berjaya dalam membida kontrak peroleh set konfigurasi sistem H12K untuk perolehan F/A-18 Super Hornet di Kuwait. Kerja-kerja berkaitan dijadualkan siap pada September 2022.

Dalam kontrak bernilai USD$179 juta tersebut, Boeing akan memperolehi perisian H12K bagi pembangunan perisian, pengubahsuaian, integrasi dan ujian untuk jet-jet pejuang F/A-18E/F yang diperolehi oleh Kuwait.

Dalam perolehan ini juga, Kuwait akan menerima 2 unit simulator Tactical Operational Flight Trainers (TOFT) bagi melatih juruterbang Kuwait untuk menerbangkan jet pejuang F/A-18E/F Block III Super Hornet.

Salah satu daripada simulator tersebut merupakan simulator legasi yang diubahsuai untuk memenuhi kriteria latihan membawa jet pejuang Super Hornet. Unit kedua pula merupakan unit TOFT terbaharu.

Perolehan simulator ini turut merangkumi latihan, alat ganti dan modul latihan. Selain daripada itu, Boeing akan melatih 26 juruterbang Tentera Udara Kuwait.

Simulator pertama akan diterima dan digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 2021 sebagai langkah permulaan untuk melatih juruterbang Kuwait di Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?