Home SemasaGlobal Jepun lulus rang undang-undang Anti Rokok

Jepun lulus rang undang-undang Anti Rokok

by M.Daim

TOKYO, 28 Jun – Jepun telah meluluskan rang undang-undang anti rokok yang menyaksikan larangan merokok di kawasan restoran dan bar. Rang undang-undang tersebut diluluskan bagi menjamin keselesaan dan kebersihan negara itu sebelum menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2020.

Keputusan disifatkan satu keputusan mengejut dengan melihat tentangan dari ahli politik yang merokok, pengusaha restoran dan juga syarikat Japan Tobacco, dimana kerajaan telah memiliki sebahagian besar saham syarikat tersebut.

Rang undang-undang tersebut dijangka akan dikuatkuasakan beberapa bulan sebelum bermulanya Sukan Olimpik pada 24 Julai 2020.

Selain daripada itu, Tokyo turut merancang untuk melaksanakan undang-undang khusus bagi membela perokok pasif. Ini termasuklah larangan merokok di kawasan luar yang mempunyai kehadiran kanak-kanak.

Di Jepun, kira-kira 20% populasi di negara itu merupakan perokok dan jumlah tersebut merupakan penurunan dari kadar perokok 50% dari populasi pada 50 tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply