Pelantikan Suee Lim, 47, itu dicadangkan Menteri Besar, Amirudin Shari dan disokong oleh ADUN Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim.

Istiadat mengangkat sumpah itu disempurnakan bersempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Selangor Ke-14 di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor selepas dicadangkan Chang Khim dan disokong oleh ADUN Kota Kemuning, V. Ganabatirau.

Mohd. Khairuddin, 47, yang mempunyai pengalaman sebagai peguam itu mengangkat sumpah jawatan berkenaan dan disaksikan 56 ADUN Selangor.

Pada masa sama, istiadat turut menyaksikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengangkat sumpah dan ikrar jawatan masing-masing.

DUN Selangor pada penggal kali ini memperlihatkan PKR menguasai 51 kerusi manakala Pas (satu kerusi) dan Barisan Nasional empat kerusi.

Mengikut parti politik, komposisi DUN Selangor terdiri daripada 25 wakil PKR, DAP (15), Amanah (8), PPBM (3), BN (4) dan Pas (1).