Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Asri Hamidon dilantik Pengerusi 1MDB baharu – Air Times News Network
Home Semasa Asri Hamidon dilantik Pengerusi 1MDB baharu

Asri Hamidon dilantik Pengerusi 1MDB baharu

by Nurulhuda

PETALING JAYA, 26 Jun – Syarikat pelaburan strategik 1MDB hari ini mengumumkan Datuk Asri Hamidon sebagai pengerusi baharunya berkuatkuasa 25 Jun.

Asri kini juga timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab terhadap pelaburan kerajaan.

Bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang juga ketua setiausaha Perbendaharaan, melepaskan jawatannya selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Beliau yang dilantik sebagai pengerusi 1MDB pada Mei tahun lepas dipindahkan dari Perbendaharaan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kontraknya di jabatan itu juga dipendekkan sehingga 14 Jun ini.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata pihaknya juga menubuhkan satu jawatankuasa eksekutif baharu yang terdiri daripada Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.

“Exco tersebut diamanahkan oleh lembaga pengarah untuk menguruskan operasi harian syarikat itu,” katanya.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?