1.7K
Baghdad, 20 Apr – Kanak-kanak di sebuah perkampungan kecil di Iraq akhirnya berpeluang kembali ke sekolah setelah ‘bercuti’ hampir 14 tahun gara-gara sekolah mereka dimusnahkan tentera Syiah.
Sekolah yang dibina daripada beberapa karavan yang telah diubah suai hasil bantuan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) itu terletak di pinggir Al-Zuhoor, 150 kilometer dari selatan Baghdad.
Dana yang diperoleh daripada kempen I am a Human Being menerusi Facebook membolehkan seramai 27 kanak-kanak berumur enam hingga 10 tahun daripada minoriti Kawliya menimba ilmu dengan bimbingan tiga orang tenaga pengajar.