Home SemasaGlobal Rakyat Hungary Memilih hari ini

Rakyat Hungary Memilih hari ini

by Noor Sheila Amin

Budapest, 8 April – Rakyat Hungary keluar mengundi hari ini dalam satu pilihan raya yang mencuri perhatian seluruh Eropah untuk melihat sama ada Perdana Menteri nasionalis, Viktor Orban menepati ramalan terus kekal di penggal ketiga.

Pusat mengundi mula dibuka sejak jam 6 pagi (waktu tempatan) dan akan ditutup pada jam 7 malam waktu tempatan.

Undian pendapat secara konsisten meletakkan Orban dan parti sayap kanannya, Fideszp dengan kelebihan 20 mata atau lebih, jauh daripada saingan terdekat mereka, parti Jobbik.

Keputusan awal dijangka diperoleh satu atau dua jam selepas undian ditutup.

Walaupun Fidesz mendapat majoriti yang dijangkakan dalam parlimen 199 kerusi itu, penganalisis akan memantau sama ada ia akan meraih kurang daripada dua pertiga ‘supermajoriti’ yang sebelum ini membolehkannya meluluskan beberapa rang undang-undang kontroversi.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!