[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=yBG0WRRsgWk[/embedyt]
SELAYANG, 12 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berharap peratusan undi dalam kalangan masyarakat Melayu meningkat sekali gus dapat membantu Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) mempearoleh 40 hingga 41 kerusi.
Beliau berkata, pihaknya optimis 70 ke 80 peratus PH-BN sekurang-kurangnya dapat membentuk sesebuah kerajaan.
“Sebanyak 70 hingga 80 peratus kita optimistik untuk bentuk kerajaan. Harapnya menang 40 hingga 41 kerusi,
“Kita berdoa pada Allah, kita dah berusaha 13 hari berkempen dan hari ini satu hari yang menentukan masa depan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di SJK (C) Selayang Baru, hari ini.
Dalam masa yang sama, Amirudin turut menyeru orang ramai untuk keluar mengundi seawal yang boleh kerana bimbang cuaca di sebelah petang tidak begitu baik.
“Saya nak seru semua rakyat negeri Selangor di peringkat awal ni sudah semakin ramai pengundi jadi jangan lepaskan peluang untuk keluar mengundi awal kerana bimbang cuaca di sebelah petang tidak menentu seperti hujan dan sebagainya,
“Jadi, kena ambil kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab dan memberikan peluang kepada anda untuk memutuskan pertadbiran negeri dalam tempoh 5 tahun akan datang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Amirudin tiba di pusat mengundi berkenaan dengan menunggang motosikal bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad untuk melaksankan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Pada PRN Selangor kali ini, Amirudin berdepan saingan 3 penjuru dari Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, Suman Gopal. -airtimes.my