Home Semasa PRU15: Tidak boleh potong gaji, kenakan penalti pekerja jika keluar mengundi

PRU15: Tidak boleh potong gaji, kenakan penalti pekerja jika keluar mengundi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggesa semua majikan dalam sektor swasta supaya memberi kebenaran kepada pekerja untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“Para majikan hendaklah berbincang dengan pekerja pilihan pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan itu,

“Bagi pekerja yang memrlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan cuti khas pada 18 November iaitu sehari sebelum PRU15.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ini kerana ramai individu yang mengundi bukan di lokasi bekerja dan terdapat dalam kalangan mereka terpaksa melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

Mengulas lanjut, Saravanan menegaskan bahawa majikan tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi.

“Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan,” jelas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 15 November, manakala 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU15.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply