Home Semasa PRU15: Majikan swasta digesa beri cuti kelepasan Jumaat, Sabtu ini

PRU15: Majikan swasta digesa beri cuti kelepasan Jumaat, Sabtu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Majikan digesa agar mempertimbangkan pelepasan cuti kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu bagi memberi peluang kepada pekerja untuk mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada 19 November ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri M.Saravanan berkata, cuti umum yang telah diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan di seluruh negara pada hari Jumaat, dan Sabtu ini merupakan cuti am yang diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

“Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti am bergaji kepada pekerja,” jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, majikan dikehendaki memaklumkan kepada pekerja mereka sama ada memilih tarikh pada 18 dan 19 November 2022 sebagai cuti am atau menggantikan dengan tarikh-tarikh lain.

“Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti am,” ujarnya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15.

Manakala, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pada 5 dan 15 November 2022. Manakala 19 November pula sebagai hari pengundian bagi PRU15.

Lebih 21 juta rakyat Malaysia ini layak mengundi PRU-15 pada Sabtu ini termasuk mereka yang dikategorikan sebagai pengundi awal. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?