Home Semasa PRN Sarawak: 44 peratus keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari

PRN Sarawak: 44 peratus keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari

by Nurulhuda

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 44 peratus pemilih telah keluar menunaikan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 sehingga jam 1 tengah hari ini.

Pengundi mempunyai tempoh masa mengundi kira-kira 3 jam lagi sebelum ia berakhir pada pukul 5 petang ini.

Terdahulu, pusat pengundian dibuka bermula jam 7.30 pagi tadi dan akan ditutup pada jam 5 petang.

Sebelum ini, peratusan keluar mengundi dilaporkan pada pukul 11 pagi ialah sebanyak 32 peratus sebelum meningkat kepada 39 peratus pada pukul 12 tengah hari.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran dibuka di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dibantu 46,565 petugas SPR.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini.

Sementara itu, SPR sebelum ini menjangkakan sebanyak 70 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab hari ini selepas kesemua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang nanti. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply