Home SemasaGlobal Pengebom Perdana Menteri Palestin mati

Pengebom Perdana Menteri Palestin mati

by Noor Sheila Amin

Gaza, 23 Mac – Suspek utama serangan bom yang menyasarkan Perdana Menteri Palestin mati akibat kecederaan yang dialami dalam serbuan untuk menahannya, menurut Hamas.

Kementerian Dalam Negeri Gaza yang ditadbir Hamas berkata, salah seorang daripada rakan suspek turut dilaporkan mati susulan pertempuran dengan pasukan keselamatan Hamas.

Sebelum itu, pihak berkuasa berkata, dua anggota pasukan keselamatannya terkorban ketika cuba menahan suspek terbabit.

Minggu lalu, Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah terselamat daripada cubaan membunuhnya apabila bom meletup tidak lama selepas konvoi kenderaannya bergerak dekat Beit Hanoun ketika beliau melawat Gaza.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!