Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anggota TUDM maut – Air Times News Network

Anggota TUDM maut

by Noor Sheila Amin

BALIK PULAU 23 Mac – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd. Farizzul Kamal, 29 maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran stesen minyak Petronas, Kampung Jawa.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi ketika mangsa, dipercayai dalam perjalanan ke Bayan Baru.

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa dikatakan terperosok di bahagian bawah lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah belakang bergesel dengan tayar belakang sebelah kiri lori terbabit.

“Mangsa yang berasal dari kampung Perlis, Balik Pulau kemudian terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Anbalagan, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, mangsa baru sahaja melangsungkan perkahwinannya awal tahun ini.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?