Home PolitikPakatan Harapan KJ hanya layak berada di kabinet dapur – Mahfuz

KJ hanya layak berada di kabinet dapur – Mahfuz

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar hari ini menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai seorang calon Perdana Menteri (PM) perlu sihat dari segi mental dan fizikal untuk menangani tekanan kepada jawatan tertinggi negara.

Mahfuz berkata mental Tun Dr Mahathir lebih baik dari kepimpinan UMNO khususnya Perdana Menteri Najib Razak.

“Dari segi fizikal semua orang boleh melihat Tun Mahathir boleh memandu, menunggang kuda dan boleh jelajah satu Malaysia bersama Pakatan Harapan”, ujar beliau.

“Jika fizikal tidak baik mana mungkin Tun Mahathir boleh jelajah dan berdiri hampir 1 jam untuk berucap.

“Katanya semua orang ada masalah kesihatan baik Tun Mahathir atau Najib.Tiada ketentuan had umur yg boleh memimpin dengan baik”.

“Kalau orang muda macam Khairy duit RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pun boleh hilang, ini menunjukan orang muda seperti beliau tiada kemampuan untuk mengurus dengan baik.

“Isu ini menunjukan Khairy sebagai orang muda memalukan golongan muda dan tidak layak berada dalam mana-mana kabinet kecuali kabinet dapur”, katanya.

Related Articles

Leave a Reply