Home PolitikPakatan Harapan Pengerusi BERSIH 2.0 letak jawatan

Pengerusi BERSIH 2.0 letak jawatan

by M.Daim

Kuala Lumpur, 5 Mac – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah telah mengumumkan bahawa beliau meletakan jawatan dari badan tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Perletakan jawatan tersebut sekaligus menamatkan desas-desus sama ada Maria Chin akan bertanding pada PRU akan datang.

Menurut Maria Chin, keputusan perletakan jawatan tersebut dibuat sebagai simbolik untuk beliau bagi menghadapi cabaran baharu dalam arena politik. Beliau turut menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di atas tiket Pakatan Harapan.

Sehingga kini, masih belum diketahui akan di mana Maria Chin akan bertanding walaupun beberapa laporan akhbar menyebut beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau di Petaling Jaya Selatan.

Sebelum ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah menyatakan bahawa parti itu positif jika Maria Chin ingin bertanding atas tiket parti itu.

 

Related Articles

Leave a Reply