Home Politik Menteri Besar Perlis timbulkan kemarahan veteran – PATRIOT

Menteri Besar Perlis timbulkan kemarahan veteran – PATRIOT

by M.Daim

Kuala Lumpur, 2 Mac – Kenyataan Menteri Besar Perlis yang beliau kecewa dengan tindakan sesetengah veteran menentang kerajaan telah mengundang kecaman dari Patriot Kebangsaan Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung Patriot, Mejar (B) Mior Rosli telah mencabar Azlan Man, Menteri Besar Perlis untuk berdebat di RTM mengenai isu veteran.

Patriot melalui prengerusinya, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Arshad Raji dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Besar Perlis perlu menjelaskan kenyataan beliau mengenai “veteran yang menentang kerajaan”. Menurut Brigadier Jeneral (B) Arshad, kenyataan tersebut seolah-olah melihat golongan veteran mempunyai kecenderungan untuk memulakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dalam kenyataan media tersebut, Presiden Patriot menekankan bahawa terdapat banyak perbezaan di antara kerajaan dan ahli politik yang dipilih untuk menjadi ketua kerajaan. Beliau turut menegaskan ahli Persatuan Patriot tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan, tambahan pula keahlian persatuan itu adalah terdiri daripada bekas tentera dan polis.

Tambah beliau, veteran yang mengkritik beberapa orang individu dalam kerajaan adalah disebabkan isu korupsi yang dibiarkan berlarutan.

Namun begitu, Pengerusi Patriot menyifatkan tindakan Azlan Man telah menimbulkan kemarahan ramai veteran dan beliau mengingatkan bahawa terdapat seramai 300,000 orang veteran di seluruh negara.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply