New York, 2 Mac – Panel pakar dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan Korea Utara telah menghantar sistem persenjataan peluru berpandu balistik dan persenjataan kimia ke Syria. Panel tersebut turut mendedahkan pemindahan peluru berpandu balistik ke Myanmar.
“Mereka turut menghantar pasukan jurutera bagi membantu pemasangan dan melatih penggunaan senjata tersebut,” dedah panel khas yang dipetik oleh AP.
Panel khas tersebut ditubuhkan bagi memerhatikan aktiviti penjualan senjata secara haram oleh Korea Utara. Mengikut statistik, Korea Utara telah melakukan sebanyak 40 kali penghantaran ke Syria untuk tempoh 2012 ke 2017.
Laporan khusus setebal 200 muka surat tersebut turut mendedahkan bahawa Syrian telah menerima peluru berpandu balistik SCUD-D. Pasukan jurutera Korea Utara turut ditugaskan di fasiliti yang terletak di Barzeh, Adra dan Hama.