Terbaharu, sekumpulan 30 orang penyokong Gagasan Sejahtera Pasir Gudang serta wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan di sini berhimpun secara aman di luar pekarangan Masjid Al Munawwarah, Taman Kota Masai di sini selepas solat Jumaat hari ini mendesak supaya isu berkenaan didedahkan kepada rakyat.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh Yazid Maslan turut mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan tragedi berdarah Memali yang berlaku pada 19 November 1985 sehingga mengorbankan 18 nyawa.

“Isu Memali dan kekayaan bekas Perdana Menteri itu harus diselesaikan segera kerana pasti ‘dibakulsampahkan’ sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Jadi, kami mahu kedua-dua isu ini ditangani segera kerana umum mengetahui Pakatan Harapan bersedia melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihan raya nanti.