KUALA PILAH, 2 Mac – Rakyat tidak akan memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana keliru dengan pendiriannya yang kerap berubah-ubah.
[blockquote align=”none” author=”Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein “]Dr. Mahathir telah menunjukkan bahawa beliau sering membuat ‘u-turn’ dan mengubah sasaran mengikut kepentingannya sendiri. Rakyat akan melihat sendiri bagaimana pemimpin tersebut terus membuat serangan dari semasa ke semasa tetapi tiada konsistensi antara satu dengan yang lain.[/blockquote]
“Kali ini, giliran Pas pula yang menjadi sasaran serangan beliau. Jadi biar Pas sahaja yang jawab tuduhan itu. Barisan Nasional (BN) tidak terjejas kerana kita hendak buat kerja.
“Yang penting, rakyat boleh melihat sendiri kerana lebih banyak beliau buat kenyataan orang akan jadi lebih keliru kerana sering berubah-ubah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Pilah di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi BN Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim; Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Hasan Malek dan para pemimpin BN Parlimen Kuala Pilah.
Hishammuddin mengulas kenyataan Dr. Mahathir di Pekan, Pahang, semalam yang menuduh Pas tidak mampu untuk menang pada PRU-14 ini.
Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP itu menyifatkan Pas sebagai pengacau untuk menarik undi Pakatan Harapan.
“Dalam PRU-14 ini saya harap jangan undi dua parti iaitu dacing (Barisan Nasional) dan bulan (Pas),” kata Dr. Mahathir.