Home PolitikPakatan Harapan Tinggalkan PAS, UMNO sertai BERSATU

Tinggalkan PAS, UMNO sertai BERSATU

by Nurulhuda

AYER HITAM, 15 Feb – Kira-kira 50 ahli Umno dan Pas dalam Dun Ayer Hitam bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai Bersatu. Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Jerlun, Datuk A Aziz Mohamod berkata, penyertaan ahli daripada kedua-dua parti berkenaan membuktikan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti mereka.

“Keyakinan mereka terhadap Bersatu pula mulai muncul apabila Tun M (Tun Mahathir Mohamad) bakal menjadi perdana menteri semula. “Lagipun, parti kita dibarisi pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” katanya, ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penyertaan ahli Pas pula, A Aziz berkata, ahli Pas di akar umbi mulai kecewa apabila pimpinan pusat mulai bersongkol dengan Umno. “Sebelum ini, Pas labelkan Umno sebagai kafir dan sebagainya, tetapi apa yang kita lihat hari ini mereka duduk bersama dalam satu meja. “Dan mungkin juga mereka akan bekerjasama dalam PRU14 nanti,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply