Home PolitikPakatan Harapan Wanita Pakatan Harapan Pembela Hari Ini – PH

Wanita Pakatan Harapan Pembela Hari Ini – PH

by Air Times News Network

KAJANG – Wanita Pakatan Harapan  (Harapan) menjadi tonggak dan pembela wanita Malaysia hari ini, kerana Wanita BN dilihat gagal membela nasib rakyat.

Laporan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian turut melaporkan bahawa Timbalan Ketua Wanita Harapan, Rina Mohd Harun berkata, Wanita BN yang dominasi Umno hanya fokus membela pemimpin mereka yang korup daripada membela isu rakyat.

“Kenapa kita (Wanita Harapan) menjadi harapan kerana Wanita Harapan yang peduli dengan masalah rakyat.

 “Kita peduli dengan kos rawatan yang meningkat, kos sara hidup yang meningkat.

“Kita juga peduli dan prihatin untuk membela nasib keluarga,” katanya pada ucapan aluan sempena Pelancaran Wanita Harapan dan Agenda Wanita Malaysia.

Hadir sama, Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Mohamad Sabu.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Bersatu berkata, Wanita BN tidak menitikberatkan soal rakyat sebaliknya menumpukan soal parti dan pemimpin semata-mata.

“Wanita BN hanya kisah membela pemimpin mereka, bukan membela rakyat. Mereka membisu seribu bahasa mengenai kos sara hidup.

“Wanita BN yang didominasi Wanita Umno  hanya lantang bersuara menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya lagi.

Justeru, Rina berharap Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan oleh Wanita Harapan menjadi platform terbaik untuk kesejahteraan rakyat Malaysia

“Kita bukan syok sendiri, Agenda Wanita Malaysia membuktikan ia pilihan terbaik wanita Malaysia,” katanya.

  • Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply