Home SemasaLt Jen Dato’ Azhan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat baharu berkuat kuasa esok

Lt Jen Dato’ Azhan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat baharu berkuat kuasa esok

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Kementerian Pertahanan hari ini mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan Azhan yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember lalu.

“Pelantikan ini dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November 2025,” menurut kenyataan hari ini.

Kementerian Pertahanan menyifatkan pelantikan Azhan mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia serta meningkatkan keupayaan operasi ATM dalam mendepani cabaran pertahanan semasa dan masa hadapan.

Dalam kenyataan yang sama, Menteri Pertahanan menyatakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain akan meneruskan pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera seperti mana yang diumumkan pada 27 Disember lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #pertahanan #ATM

Related Articles

Leave a Reply