Home GlobalIndia: Walaupun gencatan senjata dicapai, Op Sindoor belum tamat

India: Walaupun gencatan senjata dicapai, Op Sindoor belum tamat

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

NEW DELHI, 14 SEPT – Konflik India-Pakistan yang berlaku baru-baru ini masih dilihat masih lagi ‘panas’ walaupun gencatan senjata telah dicapai 10 Mei lalu.

Ini dengan melihat kenyataan oleh komander bahagian Pemerintahan Barat Tentera India, Leftenan Jeneral Manoj Katiyar baru-baru ini yang menegaskan bahawa Op Sindoor masih lagi berstatus aktif.

Op Sindoor merupakan konflik bersenjata 4 hari yang tercetus di antara India dan Pakistan berikutan serangan pengganas di Pahalgam.

“Selepas gencatan senjata pada 10 Mei, tiada sebarang insiden berlaku di lapangan. Operasi (Op Sindoor) merupakan sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi peperangan,

“Pada masa yang sama, ianya bertujuan untuk bertindak balas sekiranya Pakistan melakukan sesuatu (operasi serangan),” kata Katiyar dalam laporan media India.

Beliau menambah, pihaknya berharap agar Pakistan untuk tidak mengulangi langkah yang sama walaupun India tidak meletakkan kepercayaan penuh terhadap negara jirannya itu.

“Mungkin terdapat elemen dalam Pakistan yang akan cuba meneruskan serangan pengganas,

“Sekiranya ia berlaku, kami tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melancarkan serangan balas,” tegasnya.

Katiyar menambah, serangan yang berlaku di Pahalgam merupakan antara cubaan untuk menganggu gugat keamanan di Kashmir. Beliau mendakwa, serangan tersebut mempunyai motif untuk mencetuskan kekacauan berterusan di dalam India. – airtimes.my

#AirTimes #India #Pakistan #Global

Related Articles

Leave a Reply