Home SemasaPenyertaan meningkat, 434 syarikat tempatan sertai LIMA’25 – Khaled Nordin

Penyertaan meningkat, 434 syarikat tempatan sertai LIMA’25 – Khaled Nordin

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

LANGKAWI, 19 MEI – Sebanyak 860 pempamer tempatan dan antarabangsa menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang akan bermula esok hingga Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyertaan syarikat tempatan kali ini adalah lebih banyak iaitu 434 berbanding 249 penyertaan pada edisi terdahulu.

“Secara keseluruhan, LIMA’25 edisi ke-17 ini mencatatkan penyertaan seramai 860 pempamer (426 antarabangsa, 434 tempatan) dari 24 negara dan 15 Pavilion Berkumpulan Negara yang mewakili pelbagai sektor maritim dan aeroangkasa, merangkumi sektor komersial dan pertahanan,

“Dari data itu kita teruja apabila penyertaan pempamer antarabangsa menunjukkan peningkatan ketara, berbanding pameran sama dua tahun lalu hanya disertai 299 pempamer luar,” katanya semasa tinjauan persiapan segmen maritim LIMA ’25 di Resort World Langkawi, hari ini.

Tegasnya, penganjuran LIMA’25 kali ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab strategik dalam kerjasama dan perdagangan pertahanan serantau serta antarabangsa.

“Seramai 140 orang delegasi dari 46 buah negara yang terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan Ketenteraan, Ketua Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Ketua Agensi Kerajaan dan Pegawai-Pegawai Kanan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata edisi kali ini tetap berjaya menarik perhatian pengunjung meskipun persembahan hanya melibatkan 2 pasukan aerobatik terkemuka negara luar seperti Russian Knights dari Rusia dan Jupiter dari Indonesia.

“Kita juga ada pertunjukan solo dalam dan luar negara turut disertai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Layang-Layang Flying Academy dan Aerotree Defences and Services menjadikan jumlah keseluruhan pesawat yang terlibat dengan pertunjukan udara adalah sebanyak 57 buah. Sebanyak 43 aset udara statik turut dipamerkan, peningkatan daripada 34 pada edisi lalu,

“Bagi segmen maritim, sebanyak 31 buah kapal dari dalam dan luar negara akan dipamerkan dalam Fleet Review di RWL,” ujarnya.

Khaled menjelaskan, LIMA’25 yang bertema ‘Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan’ ini bukan sekadar pameran ketenteraan, sebaliknya platform strategik bagi pertukaran memorandum persefahaman (MoU), pemindahan teknologi, pembangunan satelit pertahanan, kecerdasan buatan serta penubuhan pusat kecemerlangan penerbangan.

“LIMA adalah marketplace antarabangsa serta platform diplomasi. Saya sendiri akan mengadakan beberapa pertemuan bilateral bersama rakan sejawat dari Turkiye, Afrika Selatan, Maldives dan India,” katanya lagi.

Sementara itu, Khaled turut memaklumkan, satu produk pertahanan baharu iaitu kenderaan perisai 4×4 tempatan akan dilancarkan pada edisi kali ini, sebagai manifestasi kemampuan industri pertahanan tempatan yang semakin berkembang. -airtimes.my

#AirTimes #LIMA25 #Malaysia #MINDEF

Related Articles

Leave a Reply