Home SemasaKecuaian punca lebih 142,000 belia hilang Mykad – Hannah Yeoh

Kecuaian punca lebih 142,000 belia hilang Mykad – Hannah Yeoh

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 19 MEI –  Sejumlah 142,535 atau 50 peratus daripada 285,568 kes kehilangan kad pengenalan (Mykad) dilaporkan membabitkan golongan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun sepanjang tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kehilangan kad lebih 136,000 akibat kecuaian antara faktor kehilangan Mykad, dengan kehilangan dokumen penting itu boleh menyebabkan risiko kecurian identiti dan penipuan

“Jumlah ini cukup besar manakala faktor lain adalah akibat jenayah (kecurian kad pengenalan), bencana serta lain-lain,” tambahnya.

Beliau berkata demikian, angka terbabit amat membimbangkan kerana MyKad merupakan dokumen penting dan memberi pelbagai akses bagi urusan rasmi rakyat negara ini, sama ada bersifat peribadi atau melibatkan urusan kerajaan.

“Apabila golongan belia cuai, (ini) boleh menimbulkan risiko berhadapan denda bagi penggantian MyKad baharu dan (memerlukan) masa penggantian yang boleh mengakibatkan tekanan emosi,” katanya.

Menurutnya lagi, Selangor antara negeri tertinggi merekodkan kes kehilangan Mykad membabitkan belia dengan 23,000 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak (20,000 kes), manakala Johor (17,000 kes)

“Kita tak tahu kenapa tiga negeri ini (merekodkan kes tertinggi), tetapi kemungkinan besar ketiga-tiga negeri ini ada kawasan bandar yang besar,

“Dalam kawasan bandar sekarang ada banyak aktiviti komersial, selalu berlaku penyerahan kad pengenalan di rumah pengawal keselamatan, di bangunan komersial dan kemungkinan besar ini berkait rapat,” katanya.

Sehubungan itu, beberapa langkah intervensi diperhalusi untuk dilaksanakan  melalui kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta JPN, seperti kempen advokasi digital melalui penyebaran bahan grafik seperti poster serta video di media sosial dan portal rasmi.

Selain itu, langkah intervensi turut membabitkan penyampaian maklumat perkhidmatan JPN kepada golongan belia terutama melalui program anjuran KBS dan jabatan serta agensi di bawahnya.

“Kita juga akan menyediakan kaunter atau reruai perkhidmatan JPN semasa penganjuran program utama KBS seperti Hari Belia Negara, Hari Sukan Negara dan sebagainya,”

Hannah turut menyatakan, KBS dan JPN bersetuju menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu individu memerlukan perkhidmatan JPN, selain bercadang memperluaskan program itu kepada bekas atlet negara menerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

Beliau berkata demikian, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik antara Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Badrul Hisham Alias. -airtimes.my

#AirTimes #JPN #KBS #KadPengenalan #Mykad #Belia #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply