if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Vietnam berang tindak-tanduk China dan Filipina rebut Sandy Cay

Vietnam berang tindak-tanduk China dan Filipina rebut Sandy Cay

by M.Daim

HANOI, 5 MEI  – Vietnam mengecam serta menyuarakan bantahan tegas terhadap tindakan China dan Filipina di kawasan Sandy Cay baru-baru ini.

Mutakhir ini, anggota keselamatan serta agensi kerajaan dari China dan Filipina dilihat saling berebut untuk menyatakan kedaulatan mereka terhadap gugusan beting pasir yang terletak di Kepulauan Spratly.

Selain Manila dan Beijing, kawasan ini turut dituntut sebagai sebahagian daripada wilayah Vietnam di Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Vietnam, Pham Thu Hang, menyatakan bahawa sebarang aktiviti oleh mana-mana pihak di kawasan ini tanpa kebenaran rasmi daripada Hanoi adalah pelanggaran terhadap hak kedaulatan Vietnam.

“Vietnam menegaskan bahawa semua tindakan oleh pihak berkaitan di kawasan ini tanpa kebenaran daripada Vietnam adalah tidak sah dan mencabuli kedaulatan kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Tambahnya lagi, tindakan-tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan ketegangan serantau, malah bertentangan dengan Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan menggugat rundingan Kod Tatalaku (COC) yang sedang berjalan antara ASEAN dan China.

“Vietnam menyeru agar semua pihak yang terlibat menghormati kedaulatan dan hak berdaulat kami di Kepulauan Spratly, mengelakkan tindakan yang memburukkan keadaan dan mematuhi undang-undang antarabangsa,” tegas Pham Thu Hang.

Beliau turut menekankan bahawa Hanoi bersedia untuk menyelesaikan semua pertikaian wilayah secara damai, berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan mengenai tindakan China dan Filipina yang masing-masing didakwa menceroboh kawasan Sandy Cay baru-baru ini. C

hina dilaporkan telah menaikkan bendera kebangsaannya di kawasan berkenaan, manakala Filipina pula menafikan sebarang pencerobohan oleh pihak China dan menyatakan bahawa tiada kehadiran negara itu dikesan oleh pasukan mereka di lokasi berkenaan.

Kementerian Luar Negeri Vietnam telah menghantar nota bantahan diplomatik kepada kedua-dua negara sebagai reaksi rasmi terhadap insiden tersebut.

Sandy Cay, yang terletak berhampiran Pulau Thitu (Pag-asa) yang diduduki Filipina, merupakan kawasan yang sering menjadi titik panas dalam pertikaian maritim antara China, Filipina dan Vietnam. – airtimes.my

#Malaysia #AirTimes #Global #Spratly #China #Filipina

Related Articles

Leave a Reply