if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kebun Durian: Tun Razak kata tanam dulu, daftar kemudian – Mahasiswa

Kebun Durian: Tun Razak kata tanam dulu, daftar kemudian – Mahasiswa

by Suraya Aziz

RAUB, 19 APRIL – Sekumpulan mahasiswa daripada pelbagai universiti tempatan mendakwa pencerobohan tanah di Raub adalah didorong oleh saranan Perdana Menteri ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussein.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze berkata, dasar tersebut merujuk kepada Program Buku Hijau yang diperkenalkan pada tahun 1970-an untuk menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pendekatan “tanam dahulu, daftar kemudian”,

“Tun Razak pada tahun 1970-an telah menggalakkan rakyat untuk mengusahakan tanah terbiar dengan pendekatan “tanam dahulu, daftar kemudian”,

“Sebagai tindak balas, penduduk Kampung Baru Raub telah menukar tanah gersang kepada kebun subur yang menyumbang kepada ekonomi negara dan kehidupan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan bersama barisan gerakan mahasiswa lain termasuk Suara Siswa UM, Student Progressive Front UUM serta Gerakan Mahasiswa Progresif UPM.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan kerajaan negeri Pahang baru-baru ini yang menghantar konvoi lebih 30 kenderaan penguat kuasa ke Kampung Sungai Klau untuk menebang ribuan pokok durian Musang King di kebun-kebun tanpa geran.

Tang mendakwa tindakan tersebut melanggar perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 28 Mei 2024 yang secara jelas melarang pemusnahan sebarang pokok atau struktur di tanah yang masih dalam proses rayuan.

Tegasnya, walaupun keputusan mahkamah baharu dikeluarkan pada Julai 2024, injunksi tersebut menurutnya masih sah kerana tidak pernah dibatalkan.

“Ini bermaksud kerajaan tiada asas undang-undang untuk menafsirnya sebagai lampu hijau untuk meneruskan tindakan,” katanya.

Tambahnya, meskipun petani tidak memiliki geran rasmi, ia tidak memberi hak moral kepada kerajaan untuk menyerahkan tanah kepada syarikat swasta berorientasikan keuntungan.

“Walaupun petani-petani ini tidak memiliki geran tanah rasmi, ia tidak memberi justifikasi moral kepada kerajaan untuk menuntut hak ke atas tanah tersebut,

“Permohonan pemilikan tanah mereka telah berkali-kali diabaikan dan sering kali ditolak tanpa alasan yang munasabah akibat dasar pertanian yang lemah. Meskipun telah mengusahakan tanah tersebut selama beberapa dekad, mereka tidak pernah diberikan hak milik yang sah,” ujarnya.

Dalam pada itu, UMANY dan gerakan mahasiswa yang lain kekal bersolidariti terhadap petani Raub dan menggesa kerajaan negeri Pahang untuk menghormati kedaulatan undang-undang serta menjunjung prinsip keadilan.

“Setiap insan berhak menikmati hasil titik peluhnya sendiri. Jangan gadai keringat rakyat demi keuntungan korporat,” katanya mengakhiri kenyataan berkenaan. -airtimes.my

#AirTimes #Kebundurian #Mahasiswa #CerobohTanah #Pahang

Related Articles

1 comment

Amir 20 April 2025 - 9:33 am

Dasarnya pun dah salah… Yang korang ikut tu buat apa??

Play victim…

Saya berharap kerajaan dapat mendakwa semua penceroboh tanah tersebut, dan dikenakan tindakan denda sekurang2nya seorang 100k.. Sebab dah kaya raya makan hasil haram..

Reply

Leave a Reply