if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kebakaran salur paip gas Putra Height: Bomba pindah penduduk

Kebakaran salur paip gas Putra Height: Bomba pindah penduduk

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Pihak bomba mula memindahkan penduduk berhampiran Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya mula dipindahkan berikutan kebakaran besar yang melibatkan saluran paip gas di kawasan terbabit.

Difahamkan beberapa rumah di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran terbakar.

Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menyatakan kebakaran melibatkan salur paip gas.

“Hanya salur gas utama yang terbakar dan ia telah di tutup, menunggu gas habis untuk padam sepenuhnya,” kata laporan itu.

Selain itu, beberapa mangsa dilaporkan terperangkap dalam rumah dan usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.

“Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan,” jelas laporan itu.

Menurutnya, kesemua mangsa yang diselamatkan telah dibawa ke Pusat Penempatan Sementara Dewan Serbaguna Masjid Putra Height.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam satu hantaran di akaun sosial media rasmi beliau menggesa untuk penduduk menjauhi kawasan kejadian.

Dalam perkembangan lain, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan beberpa lokasi sekitar Subang dan Putra Heights terputus bekalan elektrik.

“Pasukan teknikal TNB telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menilai situasi. Kerja-kerja pemulihan bekalan akan dilaksanakan sebaik keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa,

”TNB akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” kata TNB.

Terdahulu, tular video yang memaparkan kebakaran besar di kawasan Putra Heights. Kebakaran dilaporkan berlaku seawall pukul 8 pagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply