Home Semasa Hak kebebasan bersuara tidak terjejas dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia – Fahmi Fadzil

Hak kebebasan bersuara tidak terjejas dengan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia – Fahmi Fadzil

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 14 FEB – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil menjelaskan, Pindaan Akta 588 tidak akan menjejaskan hak kebebasan dan bersuara seperti yang telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Setiap rakyat bebas bersuara untuk menyatakan pendapat atau kritikan, selagi mana kebebasan tersebut digunakan dengan bertanggungjawab dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya, yang tidak memberi impak dalam jangka pendek atau jangka panjang.

Tambahnya, Kerajaan sentiasa menyokong dan menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut Fasal 1(a), Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan juga, melalui Fasal (2), turut membenarkan Parlimen melalui undang-undang untuk membuat sekatan terhadap  apa-apa yang didapati perlu atau suai manfaat, antara lain.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pindaan Akta 588 juga hendaklah dilihat secara holistik termasuk menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari bagi semua pengguna khususnya kanak-kanak dan keluarga, selain menangani peningkatan jenayah siber.

Susulan, Akta 588 merupakan salah satu undang-undang yang digunakan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 bagi dipinda secara komprehensif, sesuai dengan keperluan semasa dan selaras dengan evolusi teknologi yang telah berlaku sejak beberapa dekad yang lalu. -airtimes.my

#AirTimes #Akta588 #KebebasanBersuara #MCMC #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?