Home Pertahanan dan Keselamatan Gaji akhir punca peningkatan jurang pencen Veteran ATM

Gaji akhir punca peningkatan jurang pencen Veteran ATM

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 13 FEB – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, peningkatan jurang pencen Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan gaji akhir Veteran yang bersara sebelum 2013.

Menurutnya, jurang tersebut bukan punca pelarasan pencen terhadap Veteran ATM yang bersara sebelum 13 Januari 2025 itu tidak berlaku.

“Kes ini masih berjalan di mahkamah dan pada 21 Januari 2025, Mahkamah Rayuan telah bersidang dan menangguhkan perbicaraan pada 3 Februari 2025 bagi mendengar semula penghujahan,” jelasnya.

Susulan, kerajaan sedang berhadapan isu tuntutan saman oleh 50 orang plaintif yang menuntut pelarasan pencen tersebut.

Dalam pada itu, mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), beliau berkata ia dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan bagi semua Penjawat Awam termasuk kepada Perkhidmatan ATM.

“Secara ringkasnya, di bawah SSPA ini, Veteran yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan pencen berdasarkan gaji akhir masing-masing,” kata Khaled.

Justeru, beliau memaklumkan pelaksanaan tersebut terpakai kepada pesara Veteran ATM dan telah dilaksanakan pada Disember 2024 lalu.

Pada 16 Ogos 2024, Kerajaan telah mengumumkan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), sekali pun kes tuntutan saman tersebut masih berjalan dan belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. -airtimes.my

#AirTimes #VeteranATM #ATM #PelarasanPencen #SSPA #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?