Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pemimpin berkarakter penting pacu kecemerlangan Gerak Khas – Panglima 21 GGK

Pemimpin berkarakter penting pacu kecemerlangan Gerak Khas – Panglima 21 GGK

by Nurulhuda

MERSING, 13 Feb – Kepimpinan berkarakter merupakan asas utama dalam memastikan Grup Gerak Khas (GGK) menjadi sebuah ketumbukan yang versatil, kredibel serta mampu melaksanakan operasi khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) amnya.

Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab menegaskan bahawa, seorang pemimpin bukan hanya sekadar pemegang pangkat, tetapi juga perlu menjadi teladan kepada seluruh anggota di bawah tanggungjawabnya.

“Setiap pemimpin harus menjadi contoh teladan dalam segala hal, dari disiplin hingga integriti yang bukan sekadar polemik atau kata-kata,

“Sedar atau tidak, kita semua adalah pemimpin. Sama ada dalam sebuah formasi, rejimen, skuadron, cawangan, sel, trup, ronda kumpulan kecil (RKK) ataupun dalam keluarga, tanggungjawab sebagai pemimpin tetap ada pada setiap individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perintah Ulung Panglima GGK ke-17 yang diadakan di Kem Iskandar, Mersing hari ini.

Tegasnya, kepimpinan yang berkesan harus berteraskan prinsip ‘kepimpinan melalui teladan’ atau lead by example.

Tambahnya, setiap pemimpin perlu menjadi contoh dalam setiap aspek, termasuk disiplin, integriti serta dedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Pemimpin yang berkarakter mestilah jelas akan tugas dan tanggungjawabnya. Mereka perlu memahami serta melaksanakan amanah tersebut dengan penuh dedikasi, bukan sekadar retorik semata-mata,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang pelaksanaan Perintah Ulung Panglima 21 GGK ke-17 yang bermula sejak Rabu hingga Jumaat.

Antaranya adalah penerjunan statik yang terdiri daripada seramai 301 pegawai dan anggota dari 21 GGK.

Selain itu, turut diadakan Merentas Dataran dan Penerjunan Bebas yang melibatkan seramai 40 orang pegawai serta anggota GGK.

Pada Jumaat pula akan diadakan Khubah Khas dan Solat Jumaat bersempena Perintah Ulung Panglima GGK ke-17.-airtimes.my

#GGK #GerupGerakKhas #komando #gerakkhas #TDM #ATM #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?