PUTRAJAYA, 12 FEB – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pelaksanaan Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) dipercepatkan mulai awal bulan depan.
Penggunaan sistem iPayment yang diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan dalam meningkatkan kecekapan urusan perkhidmatan awam kepada rakyat, bakal dilaksanakan secara menyeluruh bermula Mac.
“Sistem terimaan elektronik ini tentunya satu pembaharuan dan saya setuju gesaan harus disegerakan,” ujarnya.
Justeru, ia membolehkan pembayaran rentas sempadan negara tanpa batas waktu dan tanpa perlu hadir ke pejabat agensi kerajaan.
Susulan, transformasi digital ini telah hampir setahun diumumkan sebagai dasar negara, selain ia adalah satu langkah ke hadapan yang selari dengan reformasi perkhidmatan awam kepada rakyat.
“Sebab itu saya gesa supaya program sistem iPayment ini dipercepatkan dari unjuran jadual akhir iaitu pada April, kepada awal Mac, iaitu awal Ramadan ini,” jelasnya berucap ada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.