Home SemasaLebih 350 trak UNICEF salur bantuan ke Gaza dalam minggu pertama gencatan senjata

Lebih 350 trak UNICEF salur bantuan ke Gaza dalam minggu pertama gencatan senjata

by Nurulhuda
A+A-
Reset

NEW YORK, 29 Jan – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak membawa bekalan kritikal memasuki wilayah itu dalam minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.

Menurut kenyataan UNICEF, trak bantuan yang masuk melalui pintu masuk di utara dan selatan Gaza membawa air bersih, kit kebersihan, rawatan kekurangan zat makanan, pakaian tebal, kanvas, serta bekalan perubatan. Bantuan ini diagihkan bersama rakan kerjasama kepada keluarga yang amat memerlukan.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, lebih dua juta penduduk Gaza, separuh daripadanya kanak-kanak, kini berdepan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat kemusnahan infrastruktur yang teruk, termasuk sekolah, hospital dan rumah penduduk. Mereka turut mengalami kekurangan air bersih, makanan, rawatan perubatan, dan keperluan asas lain.

“Pasukan kami bekerja tanpa henti untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan, terutama di kawasan yang sebelum ini sukar dicapai akibat cabaran operasi dan sekatan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun gencatan senjata memberi sedikit kelegaan, penduduk yang kembali ke kawasan terjejas mendapati rumah mereka musnah sepenuhnya, dan kesan terhadap fizikal serta emosi mereka amat mendalam.

UNICEF berikrar untuk terus menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza dalam usaha menangani krisis kemanusiaan yang berterusan.-airtimes.my

#Gaza #gencatansenjata #bantuan #UNICEF #airtimes

Related Articles

Leave a Reply