KUALA LUMPUR, 29 JAN – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Ibrahim bertitah, semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran masyarakat Tionghoa serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook banginda.
Perayaan Tahun Baharu Cina disambut meriah oleh masyarakat Tionghoa di seluruh negara, dengan pelbagai acara kebudayaan serta kunjungan keluarga yang melambangkan keharmonian dan nilai kekeluargaan yang kukuh.-airtimes.my
#airtimes #Malaysia #DaulatTuanku #semasa