Home SemasaNotis lengkap Himpunan Rakyat Benci Rasuah, masih belum diterima

Notis lengkap Himpunan Rakyat Benci Rasuah, masih belum diterima

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 24 JAN – Ketua Polis Kuala Lumpur, memaklumkan penyerahan semula notis perhimpunan yang lengkap bagi ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’  yang diadakan di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman esok, belum diterima.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis sebelum ini meminta penganjur melengkapkan notis pemberitahuan perhimpunan kerana tidak disertakan salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan.

“Notis sebelum ini dihantar penganjur memang mengikut tempoh ditetapkan, tapi kita (polis) minta dilengkapkan dan beri tempoh notis dikembalikan dengan kebenaran pemilik tempat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut penjelasan beliau, undang-undang jelas setiap penganjuran sebarang perhimpunan memerlukan kebenaran pemilik tapak, dalam menjawab dakwaan mengenai penganjur bahawa lokasi perhimpunan tidak memerlukan kebenaran pemilik.

Susulan, lokasi perhimpunan tersebut yang akan dianjurkan di Dataran Merdeka, dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memerlukan kebenaran pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Rusdi juga berkata memang terdapat dua lokasi yang ditetapkan untuk perhimpunan iaitu Dataran Merdeka dan Padang Merbok. Namun perlu mendapatkan kebenaran kerana membabitkan kos yang perlu ditanggung oleh penganjur, sekiranya berlaku kerosakan.

“Kita memberikan kebebasan seluas-luas (berhimpun) namun ia bukan hak mutlak kerana ia perlu melalui proses undang-undang selain mematuhi peraturan antaranya tidak boleh bawa kanak-kanak dan ‘banner’ yang tertera perkataan bukan-bukan,” katanya.

Sehubungan itu, sekurang-kurangnya 400 pegawai dan anggota akan ditugaskan mengawal serta memantau penganjuran perhimpunan esok.

Bagaimanapun, tiada penutupan jalan akan dilakukan, namun bergantung kepada keadaan semasa. -airtimes.my

#AirTimes #Rasuah #Himpunan #PDRM #KualaLumpur #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply